keluban ohoiiiiii..

keluban ohoiiiiii..

Tuesday 19 June 2012

Reformasikan Adat Perpatih di Negeri Sembilan


 
Artikel dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan www2.ns.gov.my.Apabila kaum perempuan meninggalkan kampung, maka tanah akan terbiar dan sistem kekeluargaan atau kekerabatan yang menjadi ikatan yang kukuh dalam masyarakat tani Negeri Sembilan menjadi longgar dan terungkai.

Daripada faktor-faktor di atas, dapatlah kita merumuskan bahawa perubahan zaman telah menuntut perubahan kepada adat tradisi agar ianya seiring dengan keperluan semasa.


ADAT PERPATIH SEMAKIN TERPINGGIR

Posted on October 9, 2010 by multimedia  
Adat perpatih adalah tulang belakang tradisi masyarakat dan budaya adat di Negeri Sembilan. Ianya diamalkan semenjak turun-temurun dari lapisan generasi terdahulu, bak kata pepatah tak luput dek hujan tak lekang dek panas.

Adat ini banyak memberi keistimewaan kepada kaum perempuan, terutama dalam masalah nasab dan pembahagian harta. Mentaliti masyarakat luar selalunya pesimis (kecewa) kepada adat perpatih kerana ianya digambarkan secara negatif, seolah-olah kaum lelaki tidak berkuasa ke atas harta-benda di bumi Minangkabau tersebut.

Sepatutnya mereka mengkaji dahulu apakah sangkaan ini benar, bak kata adat: kata adat banyak kiasan, ditunjuk dia tetapi bukan, bergulung pendek, panjang terentang, tak faham kalau tak direnungkan. Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, zaman mutakhir ini kita dapati ianya semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir di sekitar tahun 60-an ke atas. Rata-rata anak watan Negeri Sembilan tidak memahami adat perpatih, mereka hanya tahu menyebut nama sahaja tetapi inti pati dan pengajarannya tidak diketahui secara mendalam. 

Seorang tokoh veteran Adat Perpatih, Datuk Seri Utama Abdul Samad Idris menyatakan di dalam artikelnya yang bertajuk “Sejarah Adat Merentas Zaman” bahawa sebahagian besar rakyat Negeri Sembilan tidak mendalami adat perpatih, apatah lagi anak-anak muda yang lama merantau sehingga melupakan asal-usul adat warisan.

Malahan pemuka-pemuka adat sendiri ramai yang tidak mengetahui secara mendalam susur galur adat perpatih, teras adat serta sistem adat perpatih yang tiga iaitu adat yang sebenar adat, adat yang beradat dan adat yang diadatkan. 

Profesor Madya Norhalim Ibrahim membuat kesimpulan bahawa kaum perempuan Negeri Sembilan tidak lagi menjaga dan mengambil berat kepada rumah pusaka dan sawah padi yang menjadi tonggak kekuatan adat perpatih. Ini kerana mereka telah berhijrah ke bandar-bandar atau ke negeri lain untuk bekerja di sektor kerajaan atau swasta. Apabila kaum perempuan meninggalkan kampung, maka tanah akan terbiar dan sistem kekeluargaan atau kekerabatan yang menjadi ikatan yang kukuh dalam masyarakat tani Negeri Sembilan menjadi longgar dan terungkai. 

Menurut beliau, pembahagian harta mengikut nasab ibu telah diamalkan oleh penduduk watan Negeri Sembilan sejak 600 tahun lalu sebelum kedatangan orang Minangkabau Sumatera. Dengan itu adat yang mempunyai adat persamaan ini mudah diterima oleh penduduk tempatan. 
Di antara sebab-sebab musnahnya tulang belakang adat perpatih di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu : 

Pertama, lesunya aktiviti pertanian, khususnya sawah padi di Negeri Sembilan. Tanah adat yang dipegang milik oleh kaum perempuan selain tidak dikerjakan telah menjadi kering-kontang disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pembinaan lebuh raya,serta perparitan yang tidak sempurna dan penanaman kelapa sawit sebagai gantian kepada padi yang begitu  meluas. Penanaman kelapa sawit yang memenuhi sebahagian besar tanah-tanah sawah di Negeri Sembilan telah menjadi penyumbang utama kepada kepupusan adat perpatih. 

Kedua, pertumbuhan sektor perusahaan yang pesat menarik penduduk watan merebut peluang meninggikan taraf hidup. Penerimaan kemudahan asas seperti jalan raya,paip air, kesihatan dan pendidikan mengubah pola ekonomi dan organisasi sosial serta nilai budaya masyarakat. Peluang pekerjaan di bandar menarik para belia bekerja makan gaji. 

Ketiga, pola penggunaan yang mengutamakan pendapatan tunai bagi memenuhi keperluan dan kemudahan hidup menjadikan masyarakat desa keluar mencari pekerjaan. 

Keempat, amalan demokrasi moden dalam pemilihan pemimpin atau ketua dalam perundangan dan pentadbiran birokratik telah mencabar sistem politik tradisi Negeri Sembilan yang bersandar kepada “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.” Peranan buapak dan datuk lembaga menjadi tidak penting dengan adanya ketua kampung, penghulu, pegawai daerah dan wakil rakyat. 

Kelima, pendidikan kini telah menjadi harta pusaka yang baru bagi masyarakat adat perpatih selain daripada  sawah dan rumah pusaka. Kejayaan individu dalam bidang pendidikan dan bidang pekerjaan yang diperoleh menjadi kebanggaan bersama ahli keluarga. Dengan ini pendidikan diutamakan walaupun mengorbankan dan menjual harta pusaka yang ada. 

Keenam, perubahan nilai yang terserap dalam masyarakat adat sehingga membelakangkan nilai-nilai budaya yang diamalkan turun-temurun. Hal ini berlaku kerana terikut-ikut dengan budaya barat yang diperlihatkan melalui televisyen, radio, Internet, majalah, akhbar dan bahan media massa yang lain. 

Ketujuh, sebahagian daripada sistem adat perpatih menyulitkan masyarakat seperti kahwin suku, menurut adat sesiapa yang berkahwin dengan seseorang yang sama suku akan dikenakan denda seekor kerbau. Ini juga menyebabkan generasi muda mencari jalan mudah dengan membelakangi sistem adat ini. 

Kelapan, pembukaan tanah-tanah pertanian baru oleh Felda menyebabkan kemasukan orang-orang luar ke Negeri Sembilan. Dengan kemasukan orang luar yang terlalu ramai yang mengamalkan Adat Temenggung atau lainnya, telah menyebabkan Adat Perpatih bercampur aduk dengan Adat Temenggung atau adat-adat lain yang menyebabkan ianya dilupakan sedikit demi sedikit. 

Kesembilan, para ibu bapa yang tidak mengambil berat untuk menurunkan ajaran adat perpatih kepada anak-anak menyebabkan generasi baru tidak minat untuk mendalaminya apatah lagi untuk mengamalkannya. Sebahagian masyarakat hanya mengamalkan adat ketika upacara perkahwinan sahaja. 

Kesepuluh, kebanyakan peraturan adat perpatih dalam bentuk perbilangan dan bersifat lisan, juga memberi kesan kepada kepupusannya kerana pengajarannya apabila berpindah dari satu generasi kepada satu generasi ianya mudah terdedah kepada tokok-tambah atau semakin berkurangan. 

Kesebelas, pendapat sebahagian alim ulama yang menyatakan terdapat percanggahan di antara syariat dengan sebahagian dari adat perpatih seperti pembahagian harta pusaka benar yang dikhususkan kepada anak perempuan sahaja. Di dalam syariat Islam, istilah pusaka benar tidak wujud di dalam ajarannya. 

Tetapi di dalam masalah harta pencarian suami, ianya adalah sesuai dengan Islam. Prof. Madya Dr. Nadzan Haron di dalam kertas kerjanya Pelaksanaan Peraturan Adat dalam Sistem Adat Pentadbiran Tanah, beliau membicarakan tentang tanah pusaka, tanah carian bujang dan tanah carian suami isteri. Penjelasan ini amat penting untuk menghilangkan kekeliruan kepada jejaka luar adat perpatih yang ingin menyemenda atau berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. Harta hak milik terbahagi kepada dua jenis, pertama, harta pusaka benar dan keduanya ialah harta carian. Tanah pusaka benar memang jelas iaitu tanah yang diwarisi oleh kaum perempuan dalam sesuatu suku, tanah pusaka benar ini tidak dibenarkan dijual atau digadai tanpa syarat-syarat tertentu. Manakala dalam konsep hak milik harta carian bujang atau carian sendiri, ia adalah hak milik bebas yang membolehkan individu yang memiliki harta itu bebas melakukan apa jua bentuk urusan dagang. Mengenai harta carian suami isteri pula sebarang bentuk transaksi atau jual beli hendaklah mandapat persetujuan bersama.

Sekiranya berlaku perceraian atau pertikaian ke atas harta carian suami isteri, biasanya ianya diselesaikan mengikut hukum Islam. Dalam masalah harta carian suami isteri ini, hukum adat menyatakan carian bahagi, dapatan tinggal, bawaan kembali. Ianya bererti, harta yang dicari semasa hidup akan dibahagi sama rata jika ditakdirkan berpisah. Adapun harta dapatan iaitu harta yang didapati dari pusaka akan ditinggalkan kepada pewaris asal. Manakala harta bawaan iaitu harta yang dibawa dan didapati sebelum perkahwinan akan diambil oleh yang empunya harta tersebut. 

Dengan ini tiada sebab orang luar untuk merasa takut atau bimbang kepada harta mereka, sama ada dicari semasa bujang atau selepas berkahwin dibolot oleh isteri dan balik sehelai sepinggang apabila ditakdirkan berlaku perceraian. Si isteri hanya mengambil haknya sahaja dan menyerahkan semula semua hak suami. Daripada faktor-faktor di atas, dapatlah kita merumuskan bahawa perubahan zaman telah menuntut perubahan kepada adat tradisi agar ianya seiring dengan keperluan semasa. 



lagu anak kampong versi nogori

Tari Indang di Negeri Sembilan

Resep Urap Urap - Indonesian spicy salad



nyumm..nyumm...



"keluban is become tradition among negeri sembilan people".

Unique about Negeri Sembilan

History

The Minangkabau People of Sumatra came to settle in Negeri Sembilan in the 15th century. In its early history, Negeri Sembilan as a unified State did not exist. It was rather a loose confederation of nine fiefdoms which developed in the secluded valley of the region. They were under the protection of the Melaka Sultanate until its collapse in 1511 when the Portuguese arrived.
Thereafter they became the vassal of the Johor Sultanate until the 18th century when it had become weak. Attacks by the Bugis forced the Minangkabaus to seek protection from a prince from their homeland. Raja Melewar of Pagar Ruyong. This resulted in the proclamation of Raja Melewar as the first Yam Tuan or the 'Yang Dipertuan Besar' (meaning 'He who is Greatest') of Negeri Sembilan in 1773. The fiefdoms of Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Segamat, Ulu Pahang,
Jelai and Kelang were brought together under his rule. Subsequent civil wars among the nine Malay chieftains resulted in the intervention of the British and in appointing a British Resident in 1895. Today Negeri Sembilan is still not ruled by a sultan but by the Yang Di pertuan Besar.

 
Culture


The Minangkabau brought along with them a rich cultural heritage which is still preserved and practised today as the fascinating ‘Adat Pepatih’, a matrilineal system of inheritance and administration that is unique to the State. A maritrilineal system is one where the wife is the head of the household and inheritance passes from the mother to the daughter. The Minangkabaus are divided into twelve suku or clans, and marriage between between members of the same clan is forbidden. The Minangkabau influence in the state can be found in dances and food as well.


Cuisine


Traditional Negeri Sembilan food is hot and spicy, as one of the ingredients used is the chili padi, the hottest of chillies. Popular dishes include rendang, (pieces of beef cooked in coconut milk and chillies). One should experience the unique Minangkabau style of cooking, which sees generous portions of 'chili padi' (small & extremely hot chilies) being used. 
Try the "Masak Lemak Chili Padi - fish, meat, or vegetables cooked in coconut milk blended with turmeric and ground chili padi.

Another NS specialty is "Lemang", glutinous rice cooked in coconut milk in a bamboo stem over an open fire. This is normally served with Rendang, a deliciously thick, dry meat curry.


Dances


 Negeri Sembilan also boasts traditional music like the Caklempong, Dikir Rebana, Tumbuk Kalang, and Bongai.

Even the musical instruments used bear some semblance to Sumatra, the ancestral home of the Minankabau people. Dances like the tarian lilin (candle dance) and rentak kuda (beat of the horse) are popular. Not to mention the beautifully coordinated graceful movements of the dancers in their colorful costumes in the captivating Tarian Piring and the upbeat tempo of Tarian Randai. Unlike modern dance, each beat, rhythm and movement in these dances combine to form a story, maybe of a bygone myth or simply a reflection of the lifestyles of another era.

They are usually performed at traditional festivities, cultural events and dinner-cum-cultural shows. The movements of the dance with the music pulsating, create a joyous air of fiesta and revelry among the celebrants and are often rhythmically alluring..


Negeri Sembilan Museum & Crafts and Culture Complex
(Taman Seni Budaya)


The complex consists of several buildings like the State Museum, Teratak Perpatih, Rumah Negeri Sembilan (Negeri Sembilan House), Top-Spinning Court as well as replicas of the Megaliths found in Pengkalan Kempas.
Negeri Sembilan Museum & Crafts and Culture Complex
Location: In Jalan Labu, near the main exit from the North-South Expressway
to Seremban town centre
Entrance to the compex is free and the opening hours are:
Saturdays through Thursdays, 10am to 6pm
Fridays, 10am to 12.15pm and 2.45pm to 6pm


State Museum (formerly Ampang Tinggi Palace)


The State Museum building is a historical artefact in itself. The building was originally the Ampang Tinggi Palace, built in the year 1861 by Yam Tuan Imam Sri Menanti at Ampang Tinggi, Kuala Pilah. Later in 1980, this beautiful building was moved to its present location at the Arts and Culture Complex

This palace was originally built as a gift to Tunku Chindai, the daughter of the 5th Yang Di-Pertuan Besar of Negri Sembilan, when she married Tunku Muda Chik, the son of the 4th Yam Tuan, Yam Tuan Radin. Built without the use of any nails, this timber palace contains an unusual number of finely carved panels and a pair of heavy sliding doors.

Among others, this museum houses collections of artifacts from the Royal family such as artillery, copper and silver ware. The building overlooks a beautiful rectangular green lawn awhere you will find British and Malay-made canons referred to as the 'ekor lotong' and 'lela'.


Teratak Perpatih


Nearby, stands the Teratak Perpatih house, commanding a prominent presence in the complex. Its unique roof design, mimicking the two pointed ends of a buffalo's horns is typical of Minangkabau traditional house. Inside, you can find local crafts including porcelain, woodcraft and batik. Other exhibits available here include traditional musical instrument and Minangkabau costume.


Negeri Sembilan House


Yet another building found in this complex is the Negeri Sembilan House, originally built by a Malay prince in 1898 in Air Garam village in Mambau. Referred to as the 'Ghost House' (Rumah Berhantu) by local villagers, the interiors of this mysterious house is furnished with old furniture.